ilmu

Tuesday, August 28, 2012

DaLam seTaHun.......

RaMAI antara kita tidak sedar setahun sebenarnya adalah satu tempoh masa yang boleh transform pelbagai keadaan.
Mmm...diriku juga tidak terkecuali.Aku melihat teman-temanku yang dulunya bekerja seperjuangan denganku...kini masing-masing dengan kerjaya dan kehidupan mereka. Ada orang yang merasa bahagia kalau mereka berjaya dalam kerjaya mereka. Ada pula yang cukup bahagia apabila hidup ditemankan suami dan anak-anak. Namun tak kurang pula yang benar- benar bahagia apabila disayangi dan dilimpahi kasih sayang pencipta kehidupan abadi.

Dalam masa setahun aku diuji Allah dengan kebahagiaan dan sedikit kesukaran yang tidak mampu menandingi nikmat yang Allah berikan kepadaku. Dalam kesukaran aku meneliti apa yang Allah KURNIAKAN keatas anggota badanku. Walaupun aku sukar untuk berjalan, aku masih ada mata, telinga, dan hati untuk mensyukuri ciptaan Allah. Aku teringat kisah bagaimana si buta yang ingin melihat Allah. Tetapi sibuta melihat penciptaNYA bukan melalui mata tapi melalui sentuhan pada alam sekelilingnya. Si buta begitu gembira dengan sentuhan pada bunga yang pelbagai bentuk dan bau. Lantas, bagaimana untuk kita yang cukup penglihatan menafikan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.

Kadang kadang mata hati kita tertutup kerana membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih hebat. Kita rasa serba kekurangan dengan kerjaya kita, harta benda, kesihatan dan macam-macam lagi. Kita hanya tersedar bila kehilangan salah satu daripada kita seperti nikmat kesihatan. Bagiku nikmat kesihatan sangat berharga, sebab dengan fizikal dan mental yang baik kita akan berfikir, berzikir dan dapat menyempurnakan ibadah dengan baik.

Sesungguhnya manusia itu diuji Allah untuk melihat sejauh mana tahap keimanan mereka.Sesungguhnya milik Allah jua lah apa yang kita miliki.

Sunday, September 25, 2011

kasihku untuk untukmu

sukarnya bila hidup tanpa kasih sayang..
tidak mengenal rasa timbangrasa......tidak peka pada perasaan mereka yang lain..
namun kenapa dengan kasih sayang
hati tetap resah.....
setiap hari kita diberi pilihan samaada mahu atau tidak......
hmm....xlama pun lagi
entahlah....terlalu banyak yang difikirkan...
dia ada dihatiku sejak dari lahir....dan kamu akan menemaniku hingga akhir
dia kusayang tapi kamu kucintai..
perjuangan yang ku tuntut adalah perjuangan kasih sayang..
hanya satu ku pohon moga kasih sayang ALLAH ada dalam perjuanganku...amin

Monday, March 7, 2011

kAsiH sAYang

teringat kata kawan berapa ramai antara kita yang sanggup tidur diatas riba mertua? mungkin jarang kita perkatakan...tetapi nilai kasih itu tidak mampu kita rasa melalui kata2 sahaja....ianya memerlukan pengorbanan hati, keikhlasan kita dalam memberi kasih sayang.....pernahkah kita terfikir bahawa kasih sayang itu sukar untuk dimilki jika tidak cukup kasih sayang kita kepada Allah...

nikmatnya hidup bila rasa disayangi....tetapi ramai yang kedekut untuk memberi lantaran perasaan ego yang ditanam didalam hati..selfish.....selfish.....rasa diri sendiri perlu disayangi sebelum menyanyangi org lain....

tidak diciptakan manusia semasa janin hidup dalam kekejaman...Allah memberi tempat yang paling selamat dengan menempatkan janin dekat pada makhluk yang sangat tulus, lembut dalam perbuatan,tenang dalam kesabaran yang tinggi untuk melindungi janin yang entah kenal atau tidak nilai sayang itu bila mereka sudah dianugerahi akal dan fizikal yang kuat....


jangan pernah anda lupa bahawa anda pernah merasai kasih sayng itu melalui 'ibu" ......hidupkan kasih sayang yang sememangnya ada dalam diri anda....mulakan bicara dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyanyang....supaya kasih Allah mendahului kasih kita pada duniawi...

Wednesday, February 23, 2011

PEmALu

Hakikatnya tidak ramai diantara kita ada sifat malu...........pentingke adanya perasaan malu????
Ya, jika anda malu pada Allah bila hendak melakukan kejahatan....perasaan malu akan mendekatkan diri anda pada Allah.....anda tahu anda sentiasa diperhatikan oleh Allah....gerak geri anda diperhatikan oleh malaikat yang mencatat baik buruk perilaku anda.......biarlah perasaan malu itu mampu menjadikan anda insan yang bertakwa.....

Tidak, jika anda seorang penuntut ilmu yang memerlukan bimbingan,
....tidak.........jika perbuatan yang anda lakukan halal disisi Allah...tapi ingat malu itu adalah sifat ada pada setiap orang.....berhati-hatilah ketika berbicara kerana mungkin kita tidak sedar kita telahpun memalukan orang lain....tidak perlulah tunjukkan kita lebih hebat dengan perasaan riak dan membangga diri.....mungkin hari ini bukan hari kita untuk diuji......

Allah ciptakan manusia dengan pelbagai rasa dan emosi.....kita mempunyai rasa sayang pada insan yang rapat dengan kita......dari mana datangnya jika tidak dari Allah....jangan lupa Allah berhak juga menarik rasa itu.....pohonlah pada Allah supaya diri kita tergolong dalam makhluk yang memberi dan menerima kasih sayang...

Thursday, January 20, 2011

What Should I do????

kenapa kita sebagai organism selalu mempertikaikan tentang hidup...tapi tak ada perubahan yang berlaku....semalam tengok tv ustaz zawawi cakap kalau kita mengharapkan sesuatu dari orang lain lepas kita buat baik, kita akan kecewa sebab manusia tidak mampu untuk memberi....tetapi Allah memberi apa yang kita pinta....mungkin didunia kita tak dapat tapi akhirat nanti insyaallah dapat.....dengan syarat kita yakin padaNYA dengan mempertingkatkan amalan kita kepadaNya.

Kdangkala kita merasa cemburu dengan kehidupan orang lain lantas merasa curiga tentang apa yang diberi kepada kita......tidakkah kita teliti bahawa apa yang diberi kepada kita lebih dari yang mencukupi.....kita yang selalu leka dariNYA merasa cukup dengan amalan yang tidak seberapa....ya ...mungkin kita tidak mendapatkan ketenangan diri kerana kita sudah terlalu jauh dariNYA.....atau mungkin kesusahn didunia ini untuk mengurangkan kesusahan di akhirat nanti....cukuplah dengan sifat keluh kesah kita....jauhkan kesedihan hati.....usahakan untuk mendekati Allah....mengadulah padaNYA....kerana Ya Latiff,Ya Rahman...Maha Menyanyangi kita LEBIH dari sesiapa.....

Tuesday, January 11, 2011

ingat jasa emak n ayah....

Teringat masa Konvo emak menangis kat tmpt duduk (adik yang cakap) sebab akhirnya berjaya grad....., pastu dapat sejambak bunga n kad....bunyinya camni...."Tahniah diatas kejayaan setelah bersusah payah mengharungi hidup ini".....rasa cam nak nangis sama...memang dah nangis pun...he...Sebenarnya masa tahun akhir tu....demam virus selama hampir tiga minggu, pastu sakit ni lah tu lah...... stress sangat...ngan class dan projek akhir..kawan pula ada yang time senang je ingat kita.....

paling takleh lupa kasih sayang emak,dan pelukan emak dimasa yang amat diperlukan...cam ada aliran elektrik yang lembut masuk dalam otak...

cita pasal emak jangan lupa ayah pula..., ayah keja berat sebab nak tangkap oranglah katakan....paling takleh lupa masa ayah pagi pagi buta dah kena bangun semata mata sebab kes suami isteri gaduh....(geram betui), selesai senyap2 sendiri takleh ke diaorang ni....


cakap pasal ni paling sedih bila teringatkan airmata ayah n emak waktu kita dapat SPM,...airmata gembira tau bukan sedih...,apapun rindu saat bersama ayah dulu al maklumlah anak yang sorang ni banyak sangat soalan 'Einstein' dia...hehe..,semoga roh ayah dicucuri rahmat...al fatihah..


BelAJarLah JaDi PemERhaTI

Bila tgk kawan mengandung, barulah tau rUPEnya cam ni lah emak kiTa Waktu mENGAndungkan Kita....dibawanya kita berjalan-jalan,diberinya kita makan walaupun gusinya berdarah, badan nya lesu,pastu diajarnya kita tentang bunyi,sentuhan yang menenangkan kita .....dan yang paling penting dialunkannya ayat suci Al Quran Untuk kita mengenal Allah Bila kita lahir nanti....
Tak rUGI rASAnya bila jadi pemerhati, contohnya kita akan tgk riak muka seseorang berubah menandakan mungkin perkataan itu tidak sesuai diluahkan....

Sebenarnya kita menyedari akan apa yang kita katakan cuma kita tidak memahami konsep berfikir sebelum berkata dan adalah penting untuk kita mengetahui bahawa setiap insan ini dilahirkan dengan ciri-ciri tersendiri.....mungkin bagi kita ia adalah gurauan sehingga kita terlupa dalam gurauan mungkin ada citer tersembunyi......