RaMAI antara kita tidak sedar setahun sebenarnya adalah satu tempoh masa yang boleh transform pelbagai keadaan.
Mmm...diriku juga tidak terkecuali.Aku melihat teman-temanku yang dulunya bekerja seperjuangan denganku...kini masing-masing dengan kerjaya dan kehidupan mereka. Ada orang yang merasa bahagia kalau mereka berjaya dalam kerjaya mereka. Ada pula yang cukup bahagia apabila hidup ditemankan suami dan anak-anak. Namun tak kurang pula yang benar- benar bahagia apabila disayangi dan dilimpahi kasih sayang pencipta kehidupan abadi.
Dalam masa setahun aku diuji Allah dengan kebahagiaan dan sedikit kesukaran yang tidak mampu menandingi nikmat yang Allah berikan kepadaku. Dalam kesukaran aku meneliti apa yang Allah KURNIAKAN keatas anggota badanku. Walaupun aku sukar untuk berjalan, aku masih ada mata, telinga, dan hati untuk mensyukuri ciptaan Allah. Aku teringat kisah bagaimana si buta yang ingin melihat Allah. Tetapi sibuta melihat penciptaNYA bukan melalui mata tapi melalui sentuhan pada alam sekelilingnya. Si buta begitu gembira dengan sentuhan pada bunga yang pelbagai bentuk dan bau. Lantas, bagaimana untuk kita yang cukup penglihatan menafikan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.
Kadang kadang mata hati kita tertutup kerana membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih hebat. Kita rasa serba kekurangan dengan kerjaya kita, harta benda, kesihatan dan macam-macam lagi. Kita hanya tersedar bila kehilangan salah satu daripada kita seperti nikmat kesihatan. Bagiku nikmat kesihatan sangat berharga, sebab dengan fizikal dan mental yang baik kita akan berfikir, berzikir dan dapat menyempurnakan ibadah dengan baik.
Sesungguhnya manusia itu diuji Allah untuk melihat sejauh mana tahap keimanan mereka.Sesungguhnya milik Allah jua lah apa yang kita miliki.
No comments:
Post a Comment